Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 18, 2009

ISU GAMBAR DI FRIENDSTER: BUAT RENUNGAN BERSAMA

Seketika waktu selepas xm,saya menziarah bilik sahabat sambil melayari internet...terdengar perbualan sahabat2 di dorm sebelah mencuit perhatian saya..lantas diri ini menghayunkan langkah untuk turut serta..pelbagai isu yg dibincangkan..dari ekonomi sehinggalah politik..suasana hening seketika..kelihatan masing2 sudah habis kata untuk berbicara..entah dari mana ideanya,saya bersuara"skarang ramai ya akhawah yg berniqab dalam friendster" dengan maksud utuk memberitahu..lantas sahabat saya Ez berkata"smoga dijauhkan fitnah" muka saya berkerut dengan seribu tanda tanya," knapa ko ckp macm tu?".
"Pakai niqab itu x de masalah..bahkan digalakkan,akan tetapi ia bleh mendatangkan dua bentuk fitnah..iaitu fitnah ke atas pemakai kerna kemungkinan dan tanggapan org ia nya menjadi satu trend,lantas niqab dipopularkan untuk tujuan yang demikian, yang kedua terhadap pelawat(visitor) those who views n gives comment,"jelas Ez."macam mana fitnah itu bleh datang kepada pelawat,sedangkan mereka xdapat melihat wajah tuan empunya badan?"soal saya lagi,cuba mempertahankan."kalo ko btul2 cuba perhatikan, kadang mereka cuba memuji dengan niat tertentu.. misalnya, subhanallah comelnya awak pakai niqab dan seumpamanya..x ke ko rasa dia(visitor)sebenarnya melakukan cubaan islamisasi untuk mengorat , sedangkan perlakuan itu sendiri x islamik"jawab Ez.
" Ape yg ko ckp tu ade benarnya,tapi bila soal perbuatan juga dihitung dengan niat seseorg,bukankah begitu?"sampuk Salam. "btul ckp salam, even imam syaffie rahimullah pon menyatakan soal niat diserahkan atas judgment yg Maha Esa"balas saya lagi."benar,tp kadangkala perbuatan juga menzahirkan motif atau niat seseorg,bkanlah aku untuk menghukum tp atas kesedaran bersama semoga benda macamni kita elakkan..em satu lg gambar kat frenster jga bleh jadi fitnah.Dulu kes ni penah berlaku kat aku,masa time kat matrik,gambar aku diedit bersama dgn seorg gadis yg aku xknal pon,habes kecoh"jelas Ez panjang lebar." Btul tu, aku pon tgk ade gmbr bdak perempuan dicantum dgn badan sapa ntah,diorg gna adobe photoshop utk camtum gambar tu…halus tul kejanya,kalo ko tgk kat phone n besarkan pon x dapat detect gambar tu camtum,tp kalo masuk lam komputer baru perasan" ujar salam.
"Ye ke..tak tahu pon aku kes tu..em satu lg bahayanya bila kita guna tenet ni leh je nyamar., misalnya kalo kita lelaki,n nak tgk private photo bdak perempuan,buat je account female n taruk je muka sesapa, n then minta izin tuannya untuk view, atau pon guna khidmat org tengah, contohnya guna kakak utk view private picture minah b" tiba2 muaz bersuara.
Sesekali angin bayu malam menyapa lalu seakan-akan menyejukkan diskusi kitaorg yg semakin panas.
"Dah ramai kenkawan aku baik laki mahupon perempuan dah start kurangkan gambar diorg kat frenster,lg2 yg posing melampau-lampau,ada yg dah sampai tutup account diorg.kalo nak wat pekenalan diri pon cukuplah dgn satu gambar n sederhana"ujar Ez lg seakan-akan menegur diri saya."em ada juga bagusnya frenster ni, ada yg jadikan ia sbg medium utk da'wah n islah, kadang2 aku dapat gak beberapa butir mutiara dari rakan2 kat friendster"ujar saya berbasa-basi cuba mempertahankan. "bagus ar macm tu,yg penting elakkan letak gambar yg melampau batas"sahut muaz bagai mengakhiri perbualan kami dan bagaikan teguran ke atas saya..
p/s nama2 watak diubahsuai atas tujuan keselamatan, sekiranya ada tersalah n tersilap kata atau terasa hati, ribuan maaf saya pohoni lantaran kerna kedhaifan n ceteknya ilmu saya sendiri. Semoga rakaman diskusi kami dapat dijadikan renungan dan diambil iktibar bersama

No comments:

Post a Comment

Post a Comment