Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 5, 2009

MELAYU ATAU ISLAM

Siapa kata Islam dan Melayu tak boleh dipisahkan? Bukankah di Malaysia ini sudah ada lebih daripada 200,000 orang Islam Murtad! Paderi Melayu pun ada! 200,000 bukan sikit bang.. Sekarang ni, siapa yang jadikan Islam sebagai pertaruhan politik yang jijik??? Begitu tega pemerintah Islam Hadhari ni membiarkan rakyatnya Murtad sesuka hati! (Kalo Najib x tau lg).

Disatu sisi kamu kata Islam perlu dititik-beratkan, di satu sisi kamu kata Sistem Beraja patut didaulatkan. Bukankah kedua ni adalah dua perkara yang berbeza sama sekali???

Apakah Islam mengiktiraf Sistem Beraja/berketurunan yang mana kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang(imun/kebal)???

Lebih teruk lagi meletakkan hukum Al-Quran dan Sunnah itu di bawah, membiarkan Hukum Allah tidak ditegakkan. Apakah raja-raja sebegini yang kalian mahukan???

Sedarlah wahai umat Islam. Kalian menjadi mulia hanya sebab Islam. Melayu tidak menjadikan kalian mulia sama sekali. Apa yang wajib kalian perjuangkan adalah Islam, bukan Melayu. Malah Rasulullah saw sendiri pun tak pernah memperjuangkan sikap perkauman/kebangsaan/berpuak-puak/bangga terhadap golongan/racist dan sebagainya. Rasulullah saw sendiri tak pernah perjuangkan bangsa Arab! Bahkan baginda perjuangkan Islam tanpa henti. Apakah kalian mahu meninggikan Bangsa-Bangsa kalian malah Allah dan Rasul melarang kalian melakukannya! Sesungguhnya Islam menganggap semua manusia itu sama tanpa mengira bangsa,status,warna kulit,bahasa dan sebagainya. Yang membezakan mereka hanyalah ketaqwaan.........

No comments:

Post a Comment

Post a Comment