Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERMS

TERMA DAN SYARAT ALSAR PHOTOGRAPHY 

HARGA DAN PAKEJ
  1. Anda sendiri yang tetapkan harga pakej.
  2. Harga tidak termasuk caj luar kawasan dari Kuala Ketil/ Sungai Petani.
  3. Harga pakej mengikut Hari atau Event.
CAJ LUAR KAWASAN
  1. Caj luar kawasan mengambil kira kos-kos berikut : petrol, jarak kilometer perjalanan, kadar tol
  2. semasa, masa perjalanan & penginapan.
  3. Luar dari Kuala Ketil/ Sungai Petani akan dikenakan caj luar kawasan.
  4. Caj boleh dirunding & mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa.
  5. Alsar Photography berhak mengenakan caj tambahan sekiranya pengiraan awal caj luar kawasan kurang daripada kos sebenar.
TEMPAHAN
  1. Tempahan boleh dibuat 1 hingga 4 bulan sebelum majlis.
  2. Tempahan perlu menerusi borang tempahan yang disediakan | Hubungi kami 017-4140017 | Email alsarphotography@yahoo.com
  3. Tempahan rasmi selepas 50% deposit.
  4. Deposit tidak dikembalikan bagi pembatalan tempahan. (Boleh dirunding)
  5. Tarikh tempahan tidak boleh ditukar selepas tempahan dibuat. (Boleh dirunding)
DEPOSIT DAN PEMBAYARAN
  1. Boleh dibuat menerusi perbankan online atau mesin ATM.
  2. Baki pembayaran pakej boleh dibuat sejurus selepas majlis atau 3 hari sebelum penghantaran album.
  3. Deposit perlu berserta dengan bukti transaksi yang diemail kepada Alsar Photography.
  4. Alsar Photography berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit.
JURUFOTO BERTUGAS
  1. Alsar Photography berhak menghantar mana-mana jurufoto untuk bertugas.
  2. Permintaan peribadi untuk jurufoto bertugas bergantung kepada jadual.
  3. Pertukaran jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kemalangan/kematian/kecemasan/masalah kesihatan/kerosakan peralatan/faktor jarak & masa.
FOTOGRAFI

  1. Alsar Photography berhak menggunakan foto pelanggan utk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan tanpa persetujuan pelanggan.
  2. Alsar Photography boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik perkahwinan pelanggan.
PERSEDIAAN ALBUM DAN PENGHANTARAN
  1. Tempoh menunggu gambar & album adalah antara 3 - 6 minggu bekerja, tidak termasuk Sabtu & Ahad serta mengikut giliran pengantin.
  2. Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
  3. Alsar Photography berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
  4. Penghantaran menerusi kurier atau Pos Laju bergantung kepada keadaan semasa.

Post a Comment